prev next front |1 |2 |3 |4 |5 |review

Walaubagaimanapun, ianya bukan sekadar masalah kesihatan yang merentasi sempadan atau yang biasa terdapat di negara-negara seluruh dunia; penyelesaian untuk masalah tersebut juga boleh merentasi sempadan dan dikongsi bersama, tanpa mengira tahap pembangunan atau kemajuan. Semua negara boleh samada belajar dari negara lain dan juga berkongsi pengalaman dan maklumat mereka. Definisi terkini yang telah dipermudahkan melakar satu gambaran dua-hala perjalanan: Perkongsian masalah, perkongsian penyelesaian. Definisi baru ini sangat penting kepada sains kesihatan global, di mana kesihatan global mengambarkan sebagai suatu perkongsian perjalanan.

Terdapat banyak cabaran kepada kesihatan global dengan pelbagai profesional yang menitikberatkan penyakit yang berlainan. Pendekatan interdisiplinari diperlukan untuk mengurangkan beban kedua penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

Di hari ini, bidang profesional di sekolah perubatan dan sekolah kesihatan bersekutu mempunyai amat sedikit kuliah mengenai kesihatan global di dalam kurikulum mereka

Kesihatan kini menjadi suatu masalah global, dengan penyakit kronik sebagai pembunuh nombor satu di seluruh dunia

Dengan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai penyelidikan dalam kesihatan global, fakulti dan pelajar akan lebih bersedia untuk menhadapi segala cabaran di dalam bidang mereka yang unik itu

 

 

Lawati kuliah the Supercourse Global Health Crisis di:

http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec4041/index.htm