prev next front |1 |2 |3 |4 |5 |6 |7 |8 |9 |10 |11 |12 |13 |14 |15 |16 |17 |18 |19 |20 |21 |22 |23 |24 |25 |26 |27 |28 |29 |30 |31 |32 |33 |review

Anda sebagai seorang doktor tidak akan melihat kes smallpox – ini sangat berbeza dari era nenek moyang anda.  Pakar klinikal telah berkerjasama dengan petugas kesihatan awam dan saintis kesihatan global untuk membenteras salah satu penyakit maut manusia. Kita boleh meneruskan kejayaan seperti smallpox sekiranya kita bekerjasama untuk masalah tempatan lain, dan kita boleh memperolehi impak global yang menakjubkan.

 

Sejarah naik-turunnya dalam usaha membenteras smallpox adalah suatu kunci kejayaan kepada pakar klinikal "moden“ dan kesihatan awam keduanya. Jutaan manusia mati di Europah dan Mexico akibat dari wabak smallpox. Pengurangan kes smallpox bermula apabila diketahui bahawa pesakit yang terselamat adalah imun untuk seluruh hayat mereka kepada penyakit ini. Ini menjurus kepada amalan variolasi – suatu proses di mana orang sihat didedahkan kepada bahan tercemar dari pesakit yang menghidapi smallpox dengan harapan akan menyebabkan suatu keadaan jangkitan ringan yang diharap akan menghasilkan keadaan imuniti bagi jangkitan akan datang.

 

Peringkat selanjutnya dalam pembenterasan smallpox telah berlaku hasil dari pemerhatian pakar perubatan English, Edward Jenner, di mana wanita pemerah susu yang mengalami cacar lembu / cowpox, suatu penyakit yang kurang serius, tidak mengidapi penyakit maut smallpox. Pada 1796, Jenner telah mengambil cecair dari pustul cowpox pada tangan wanita pemerah susu dan menginokulasi pada budak lelaki berusia 8 tahun. Enam minggu kemudian, dia memdedahkan budak lelaki itu kepada smallpox, dan budak itu tidak menunjukkan sebarang tanda gejala. Jenner cipta perkataan "vaksin" dari perkataan "vaca" yang bermaksud “lembu” dalam bahasa Latin.

 

Pada awalnya, usahanya telah diktirik, tetapi selepas itu segera diterima dan digunapakai. Hingga 1800, lebih kurang 100,000 orang telah divaksin seluruh dunia. Pada 1967, Badan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memulakan kempen seluruh dunia untuk membenteras smallpox. Matlamat tersebut tercapai dalam jangkamasa 10 tahun hasil dari usaha vaksinasi besar-besaran. Kes endemik smallpox terakhir berlaku di Somalia pada 1977. Pada May 8, 1980, Perhimpunan Kesihatan Sedunia mengistiharkan dunia bebas dari smallpox.

 

Penyelidikan kesihatan global dan perkongsian maklumat telah memain peranan yang amat penting di dalam membenteras smallpox. Hasil dari usaha global ini dan kerjasama penyelidikan oleh pakar perubatan seluruh dunia, pelajar perubatan hari ini tidak dapat melihat sebarang kes smallpox.

 

Dari http://dermatology.about.com/cs/smallpox/a/smallpoxhx.htm

Untuk maklumat lanjut mengenai Dr. Edward Jenner, lawati Wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Jenner